بسم الله الرحمن الرحيم

نتائج البحث: 6236
ترتيب الآيةرقم السورةرقم الآيةالاية
50415662ولقد علمتم النشأة الأولى فلولا تذكرون
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
50425663أفرأيتم ما تحرثون
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
50435664أأنتم تزرعونه أم نحن الزارعون
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
50445665لو نشاء لجعلناه حطاما فظلتم تفكهون
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
50455666إنا لمغرمون
(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
50465667بل نحن محرومون
"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
50475668أفرأيتم الماء الذي تشربون
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
50485669أأنتم أنزلتموه من المزن أم نحن المنزلون
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
50495670لو نشاء جعلناه أجاجا فلولا تشكرون
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
50505671أفرأيتم النار التي تورون
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?


0 ... 494 495 496 497 498 499 500 501 502 503 505 506 507 508 509 510 511 512 513 ... 623

إنتاج هذه المادة أخد: 0.03 ثانية


المغرب.كووم © ٢٠٠٩ - ١٤٣٠ © الحـمـد لله الـذي سـخـر لـنا هـذا :: وقف لله تعالى وصدقة جارية

48151164436261464636082722829201216