بسم الله الرحمن الرحيم

نتائج البحث: 6236
ترتيب الآيةرقم السورةرقم الآيةالاية
52696728قل أرأيتم إن أهلكني الله ومن معي أو رحمنا فمن يجير الكافرين من عذاب أليم
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
52706729قل هو الرحمن آمنا به وعليه توكلنا فستعلمون من هو في ضلال مبين
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
52716730قل أرأيتم إن أصبح ماؤكم غورا فمن يأتيكم بماء معين
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
5272681بسم الله الرحمن الرحيم ن والقلم وما يسطرون
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
5273682ما أنت بنعمة ربك بمجنون
Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
5274683وإن لك لأجرا غير ممنون
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
5275684وإنك لعلى خلق عظيم
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
5276685فستبصر ويبصرون
Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -
5277686بأييكم المفتون
Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
5278687إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.


0 ... 516.8 517.8 518.8 519.8 520.8 521.8 522.8 523.8 524.8 525.8 527.8 528.8 529.8 530.8 531.8 532.8 533.8 534.8 535.8 ... 623

إنتاج هذه المادة أخد: 0.03 ثانية


المغرب.كووم © ٢٠٠٩ - ١٤٣٠ © الحـمـد لله الـذي سـخـر لـنا هـذا :: وقف لله تعالى وصدقة جارية

188650942792354836055586280630721955970