نتائج البحث: 6236
|
ترتيب الآية | رقم السورة | رقم الآية | الاية |
3937 | 37 | 149 | فاستفتهم ألربك البنات ولهم البنون |
| | | (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki? |
|
3938 | 37 | 150 | أم خلقنا الملائكة إناثا وهم شاهدون |
| | | Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan? |
|
3939 | 37 | 151 | ألا إنهم من إفكهم ليقولون |
| | | Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata: |
|
3940 | 37 | 152 | ولد الله وإنهم لكاذبون |
| | | "Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta! |
|
3941 | 37 | 153 | أصطفى البنات على البنين |
| | | (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)? |
|
3942 | 37 | 154 | ما لكم كيف تحكمون |
| | | Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? |
|
3943 | 37 | 155 | أفلا تذكرون |
| | | Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)? |
|
3944 | 37 | 156 | أم لكم سلطان مبين |
| | | Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)? |
|
3945 | 37 | 157 | فأتوا بكتابكم إن كنتم صادقين |
| | | (Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar. |
|
3946 | 37 | 158 | وجعلوا بينه وبين الجنة نسبا ولقد علمت الجنة إنهم لمحضرون |
| | | (Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat). |
|