بسم الله الرحمن الرحيم

نتائج البحث: 6236
ترتيب الآيةرقم السورةرقم الآيةالاية
303426102فلو أن لنا كرة فنكون من المؤمنين
" ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "
303526103إن في ذلك لآية وما كان أكثرهم مؤمنين
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
303626104وإن ربك لهو العزيز الرحيم
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.
303726105كذبت قوم نوح المرسلين
(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)
303826106إذ قال لهم أخوهم نوح ألا تتقون
Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
303926107إني لكم رسول أمين
"Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
304026108فاتقوا الله وأطيعون
" Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
304126109وما أسألكم عليه من أجر إن أجري إلا على رب العالمين
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
304226110فاتقوا الله وأطيعون
"Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku".
304326111قالوا أنؤمن لك واتبعك الأرذلون
Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"


0 ... 293.3 294.3 295.3 296.3 297.3 298.3 299.3 300.3 301.3 302.3 304.3 305.3 306.3 307.3 308.3 309.3 310.3 311.3 312.3 ... 623

إنتاج هذه المادة أخد: 0.02 ثانية


المغرب.كووم © ٢٠٠٩ - ١٤٣٠ © الحـمـد لله الـذي سـخـر لـنا هـذا :: وقف لله تعالى وصدقة جارية

403816463127276152632897301161723342150