بسم الله الرحمن الرحيم

نتائج البحث: 6236
ترتيب الآيةرقم السورةرقم الآيةالاية
55827531فلا صدق ولا صلى
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
55837532ولكن كذب وتولى
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
55847533ثم ذهب إلى أهله يتمطى
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
55857534أولى لك فأولى
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
55867535ثم أولى لك فأولى
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
55877536أيحسب الإنسان أن يترك سدى
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
55887537ألم يك نطفة من مني يمنى
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
55897538ثم كان علقة فخلق فسوى
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
55907539فجعل منه الزوجين الذكر والأنثى
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
55917540أليس ذلك بقادر على أن يحيي الموتى
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!


0 ... 548.1 549.1 550.1 551.1 552.1 553.1 554.1 555.1 556.1 557.1 559.1 560.1 561.1 562.1 563.1 564.1 565.1 566.1 567.1 ... 623

إنتاج هذه المادة أخد: 0.03 ثانية


المغرب.كووم © ٢٠٠٩ - ١٤٣٠ © الحـمـد لله الـذي سـخـر لـنا هـذا :: وقف لله تعالى وصدقة جارية

12642334200605135104783614941766301488