بسم الله الرحمن الرحيم

نتائج البحث: 6236
ترتيب الآيةرقم السورةرقم الآيةالاية
55787527وقيل من راق
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
55797528وظن أنه الفراق
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
55807529والتفت الساق بالساق
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
55817530إلى ربك يومئذ المساق
(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
55827531فلا صدق ولا صلى
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
55837532ولكن كذب وتولى
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
55847533ثم ذهب إلى أهله يتمطى
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
55857534أولى لك فأولى
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
55867535ثم أولى لك فأولى
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
55877536أيحسب الإنسان أن يترك سدى
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?


0 ... 547.7 548.7 549.7 550.7 551.7 552.7 553.7 554.7 555.7 556.7 558.7 559.7 560.7 561.7 562.7 563.7 564.7 565.7 566.7 ... 623

إنتاج هذه المادة أخد: 0.03 ثانية


المغرب.كووم © ٢٠٠٩ - ١٤٣٠ © الحـمـد لله الـذي سـخـر لـنا هـذا :: وقف لله تعالى وصدقة جارية

5317497831786347163143186740156011598