نتائج البحث: 6236
|
ترتيب الآية | رقم السورة | رقم الآية | الاية |
5495 | 73 | 20 | إن ربك يعلم أنك تقوم أدنى من ثلثي الليل ونصفه وثلثه وطائفة من الذين معك والله يقدر الليل والنهار علم أن لن تحصوه فتاب عليكم فاقرءوا ما تيسر من القرآن علم أن سيكون منكم مرضى وآخرون يضربون في الأرض يبتغون من فضل الله وآخرون يقاتلون في سبيل الله فاقرءوا ما تيسر منه وأقيموا الصلاة وآتوا الزكاة وأقرضوا الله قرضا حسنا وما تقدموا لأنفسكم من خير تجدوه عند الله هو خيرا وأعظم أجرا واستغفروا الله إن الله غفور رحيم |
| | | Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
5496 | 74 | 1 | بسم الله الرحمن الرحيم يا أيها المدثر |
| | | Wahai orang yang berselimut! |
|
5497 | 74 | 2 | قم فأنذر |
| | | Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). |
|
5498 | 74 | 3 | وربك فكبر |
| | | Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! |
|
5499 | 74 | 4 | وثيابك فطهر |
| | | Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. |
|
5500 | 74 | 5 | والرجز فاهجر |
| | | Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. |
|
5501 | 74 | 6 | ولا تمنن تستكثر |
| | | Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. |
|
5502 | 74 | 7 | ولربك فاصبر |
| | | Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)! |
|
5503 | 74 | 8 | فإذا نقر في الناقور |
| | | Kerana apabila telah ditiup sangkakala, |
|
5504 | 74 | 9 | فذلك يومئذ يوم عسير |
| | | Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar - |
|