بسم الله الرحمن الرحيم

نتائج البحث: 6236
ترتيب الآيةرقم السورةرقم الآيةالاية
52896818ولا يستثنون
Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
52906819فطاف عليها طائف من ربك وهم نائمون
Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
52916820فأصبحت كالصريم
Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
52926821فتنادوا مصبحين
Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
52936822أن اغدوا على حرثكم إن كنتم صارمين
(Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
52946823فانطلقوا وهم يتخافتون
Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
52956824أن لا يدخلنها اليوم عليكم مسكين
"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
52966825وغدوا على حرد قادرين
Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
52976826فلما رأوها قالوا إنا لضالون
Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
52986827بل نحن محرومون
(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".


0 ... 518.8 519.8 520.8 521.8 522.8 523.8 524.8 525.8 526.8 527.8 529.8 530.8 531.8 532.8 533.8 534.8 535.8 536.8 537.8 ... 623

إنتاج هذه المادة أخد: 0.03 ثانية


المغرب.كووم © ٢٠٠٩ - ١٤٣٠ © الحـمـد لله الـذي سـخـر لـنا هـذا :: وقف لله تعالى وصدقة جارية

434912384325166580819794843602420911131