بسم الله الرحمن الرحيم

نتائج البحث: 6236
ترتيب الآيةرقم السورةرقم الآيةالاية
50485669أأنتم أنزلتموه من المزن أم نحن المنزلون
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
50495670لو نشاء جعلناه أجاجا فلولا تشكرون
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
50505671أفرأيتم النار التي تورون
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
50515672أأنتم أنشأتم شجرتها أم نحن المنشئون
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
50525673نحن جعلناها تذكرة ومتاعا للمقوين
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
50535674فسبح باسم ربك العظيم
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
50545675فلا أقسم بمواقع النجوم
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
50555676وإنه لقسم لو تعلمون عظيم
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
50565677إنه لقرآن كريم
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
50575678في كتاب مكنون
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,


0 ... 494.7 495.7 496.7 497.7 498.7 499.7 500.7 501.7 502.7 503.7 505.7 506.7 507.7 508.7 509.7 510.7 511.7 512.7 513.7 ... 623

إنتاج هذه المادة أخد: 0.03 ثانية


المغرب.كووم © ٢٠٠٩ - ١٤٣٠ © الحـمـد لله الـذي سـخـر لـنا هـذا :: وقف لله تعالى وصدقة جارية

26055620978498362031375603620647335955