نتائج البحث: 6236
|
ترتيب الآية | رقم السورة | رقم الآية | الاية |
4769 | 52 | 34 | فليأتوا بحديث مثله إن كانوا صادقين |
| | | (Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya. |
|
4770 | 52 | 35 | أم خلقوا من غير شيء أم هم الخالقون |
| | | (Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? |
|
4771 | 52 | 36 | أم خلقوا السماوات والأرض بل لا يوقنون |
| | | Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). |
|
4772 | 52 | 37 | أم عندهم خزائن ربك أم هم المصيطرون |
| | | Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya? |
|
4773 | 52 | 38 | أم لهم سلم يستمعون فيه فليأت مستمعهم بسلطان مبين |
| | | Adakah mereka mempunyai tangga (untuk naik ke langit), yang dengannya mereka dapat mendengar (apa yang diperintahkan dan ditetapkan oleh Allah? Jika ada) maka biarlah orang mereka yang mendengar itu membawa sesuatu bukti yang menyatakan kebenarannya. |
|
4774 | 52 | 39 | أم له البنات ولكم البنون |
| | | Adilkah (kamu sediakan) bagi Allah - anak-anak perempuan (yang kamu benci), dan untuk kamu - anak-anak lelaki (yang kamu sukai)? |
|
4775 | 52 | 40 | أم تسألهم أجرا فهم من مغرم مثقلون |
| | | Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)? |
|
4776 | 52 | 41 | أم عندهم الغيب فهم يكتبون |
| | | Adakah pada sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)? |
|
4777 | 52 | 42 | أم يريدون كيدا فالذين كفروا هم المكيدون |
| | | (Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya. |
|
4778 | 52 | 43 | أم لهم إله غير الله سبحان الله عما يشركون |
| | | (Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah bagi mereka Tuhan (yang dapat menyelamatkan mereka) selain dari Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu. |
|