نتائج البحث: 6236
|
ترتيب الآية | رقم السورة | رقم الآية | الاية |
4696 | 51 | 21 | وفي أنفسكم أفلا تبصرون |
| | | Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? |
|
4697 | 51 | 22 | وفي السماء رزقكم وما توعدون |
| | | Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. |
|
4698 | 51 | 23 | فورب السماء والأرض إنه لحق مثل ما أنكم تنطقون |
| | | Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata. |
|
4699 | 51 | 24 | هل أتاك حديث ضيف إبراهيم المكرمين |
| | | Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? |
|
4700 | 51 | 25 | إذ دخلوا عليه فقالوا سلاما قال سلام قوم منكرون |
| | | Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. |
|
4701 | 51 | 26 | فراغ إلى أهله فجاء بعجل سمين |
| | | Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). |
|
4702 | 51 | 27 | فقربه إليهم قال ألا تأكلون |
| | | Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan". |
|
4703 | 51 | 28 | فأوجس منهم خيفة قالوا لا تخف وبشروه بغلام عليم |
| | | (Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. |
|
4704 | 51 | 29 | فأقبلت امرأته في صرة فصكت وجهها وقالت عجوز عقيم |
| | | (Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?" |
|
4705 | 51 | 30 | قالوا كذلك قال ربك إنه هو الحكيم العليم |
| | | Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui". |
|