نتائج البحث: 6236
|
ترتيب الآية | رقم السورة | رقم الآية | الاية |
4052 | 38 | 82 | قال فبعزتك لأغوينهم أجمعين |
| | | Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, - |
|
4053 | 38 | 83 | إلا عبادك منهم المخلصين |
| | | " Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ". |
|
4054 | 38 | 84 | قال فالحق والحق أقول |
| | | Allah berfirman: " Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan - |
|
4055 | 38 | 85 | لأملأن جهنم منك وممن تبعك منهم أجمعين |
| | | " Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ". |
|
4056 | 38 | 86 | قل ما أسألكم عليه من أجر وما أنا من المتكلفين |
| | | Katakanlah (wahai Muhammad): " Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada ". |
|
4057 | 38 | 87 | إن هو إلا ذكر للعالمين |
| | | Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam. |
|
4058 | 38 | 88 | ولتعلمن نبأه بعد حين |
| | | Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi. |
|
4059 | 39 | 1 | بسم الله الرحمن الرحيم تنزيل الكتاب من الله العزيز الحكيم |
| | | Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. |
|
4060 | 39 | 2 | إنا أنزلنا إليك الكتاب بالحق فاعبد الله مخلصا له الدين |
| | | Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. |
|
4061 | 39 | 3 | ألا لله الدين الخالص والذين اتخذوا من دونه أولياء ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى إن الله يحكم بينهم في ما هم فيه يختلفون إن الله لا يهدي من هو كاذب كفار |
| | | Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). |
|