بسم الله الرحمن الرحيم

نتائج البحث: 6236
ترتيب الآيةرقم السورةرقم الآيةالاية
40463876قال أنا خير منه خلقتني من نار وخلقته من طين
Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah ".
40473877قال فاخرج منها فإنك رجيم
Allah berfirman: " Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir.
40483878وإن عليك لعنتي إلى يوم الدين
" Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!"
40493879قال رب فأنظرني إلى يوم يبعثون
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) ".
40503880قال فإنك من المنظرين
Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh -
40513881إلى يوم الوقت المعلوم
" Hingga ke hari masa yang termaklum ".
40523882قال فبعزتك لأغوينهم أجمعين
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
40533883إلا عبادك منهم المخلصين
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".
40543884قال فالحق والحق أقول
Allah berfirman: " Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan -
40553885لأملأن جهنم منك وممن تبعك منهم أجمعين
" Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ".


0 ... 394.5 395.5 396.5 397.5 398.5 399.5 400.5 401.5 402.5 403.5 405.5 406.5 407.5 408.5 409.5 410.5 411.5 412.5 413.5 ... 623

إنتاج هذه المادة أخد: 0.02 ثانية


المغرب.كووم © ٢٠٠٩ - ١٤٣٠ © الحـمـد لله الـذي سـخـر لـنا هـذا :: وقف لله تعالى وصدقة جارية

4975441259472784362642172905311317211316