بسم الله الرحمن الرحيم

نتائج البحث: 6236
ترتيب الآيةرقم السورةرقم الآيةالاية
304926117قال رب إن قومي كذبون
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.
305026118فافتح بيني وبينهم فتحا ونجني ومن معي من المؤمنين
"Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"
305126119فأنجيناه ومن معه في الفلك المشحون
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).
305226120ثم أغرقنا بعد الباقين
Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).
305326121إن في ذلك لآية وما كان أكثرهم مؤمنين
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
305426122وإن ربك لهو العزيز الرحيم
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
305526123كذبت عاد المرسلين
(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
305626124إذ قال لهم أخوهم هود ألا تتقون
Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
305726125إني لكم رسول أمين
"Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
305826126فاتقوا الله وأطيعون
"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.


0 ... 294.8 295.8 296.8 297.8 298.8 299.8 300.8 301.8 302.8 303.8 305.8 306.8 307.8 308.8 309.8 310.8 311.8 312.8 313.8 ... 623

إنتاج هذه المادة أخد: 0.02 ثانية


المغرب.كووم © ٢٠٠٩ - ١٤٣٠ © الحـمـد لله الـذي سـخـر لـنا هـذا :: وقف لله تعالى وصدقة جارية

445157184233336254423603151609430761837