نتائج البحث: 6236
|
ترتيب الآية | رقم السورة | رقم الآية | الاية |
2742 | 23 | 69 | أم لم يعرفوا رسولهم فهم له منكرون |
| | | Atau kerana mereka tidak kenal rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya? |
|
2743 | 23 | 70 | أم يقولون به جنة بل جاءهم بالحق وأكثرهم للحق كارهون |
| | | Atau kerana mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?" (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran. |
|
2744 | 23 | 71 | ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السماوات والأرض ومن فيهن بل أتيناهم بذكرهم فهم عن ذكرهم معرضون |
| | | Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; |
|
2745 | 23 | 72 | أم تسألهم خرجا فخراج ربك خير وهو خير الرازقين |
| | | Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. |
|
2746 | 23 | 73 | وإنك لتدعوهم إلى صراط مستقيم |
| | | Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus; |
|
2747 | 23 | 74 | وإن الذين لا يؤمنون بالآخرة عن الصراط لناكبون |
| | | Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu. |
|
2748 | 23 | 75 | ولو رحمناهم وكشفنا ما بهم من ضر للجوا في طغيانهم يعمهون |
| | | Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu. |
|
2749 | 23 | 76 | ولقد أخذناهم بالعذاب فما استكانوا لربهم وما يتضرعون |
| | | Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat); |
|
2750 | 23 | 77 | حتى إذا فتحنا عليهم بابا ذا عذاب شديد إذا هم فيه مبلسون |
| | | Sehingga apabila Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu yang menyebabkan azab yang berat, maka mereka serta-merta berputus asa dengan sebabnya - dari mendapat sebarang kebaikan. |
|
2751 | 23 | 78 | وهو الذي أنشأ لكم السمع والأبصار والأفئدة قليلا ما تشكرون |
| | | Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. |
|