نتائج البحث: 6236
|
ترتيب الآية | رقم السورة | رقم الآية | الاية |
2738 | 23 | 65 | لا تجأروا اليوم إنكم منا لا تنصرون |
| | | (Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami. |
|
2739 | 23 | 66 | قد كانت آياتي تتلى عليكم فكنتم على أعقابكم تنكصون |
| | | "(Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang - |
|
2740 | 23 | 67 | مستكبرين به سامرا تهجرون |
| | | "Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari". |
|
2741 | 23 | 68 | أفلم يدبروا القول أم جاءهم ما لم يأت آباءهم الأولين |
| | | Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu? |
|
2742 | 23 | 69 | أم لم يعرفوا رسولهم فهم له منكرون |
| | | Atau kerana mereka tidak kenal rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya? |
|
2743 | 23 | 70 | أم يقولون به جنة بل جاءهم بالحق وأكثرهم للحق كارهون |
| | | Atau kerana mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?" (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran. |
|
2744 | 23 | 71 | ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السماوات والأرض ومن فيهن بل أتيناهم بذكرهم فهم عن ذكرهم معرضون |
| | | Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; |
|
2745 | 23 | 72 | أم تسألهم خرجا فخراج ربك خير وهو خير الرازقين |
| | | Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. |
|
2746 | 23 | 73 | وإنك لتدعوهم إلى صراط مستقيم |
| | | Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus; |
|
2747 | 23 | 74 | وإن الذين لا يؤمنون بالآخرة عن الصراط لناكبون |
| | | Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu. |
|